Bohong 80 Ribu Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PM Najib | Guruh Petir
L

Bohong 80 Ribu Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PM Najib

Mohon kepada semua rakayat Malaysia walaupun bebeza fahaman politik dan anutan mengenai berita yang diviral,kononya 80 ribu hadir dirumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Raya Aidilfitri 17 7 2015 bersamaan dengan Jumaat adalah tidak benar sama sekali.

Biasalah orang-orang politik pasti nak lebih tak nak kurang lebih-lebih lagi dari golongan Umno.

Penulis pernah bertugas disebuah portal yang dibiayai oleh orang kuat Umno disebuah negeri taklukan Pakatan Rakyat 2 tahun sebelum PRU13.

Tugas penulis melaporkan setiap demostrasi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Umno.

Penulis tetap melaporkan kehadiran peserta demo dengan anggaran munasabah,jika anggaran 300 orang penulis pasti melaporkan kepada bos 300 orang,tetapi jumlah itu tidak kekal apabila sampai pada bos.

Bos arahkan penulis dan rakan supaya jumlah 300 dijadikan 800 orang dalam artikel yang disiarkan berkaitan dengan isu.

Pernah satu ketika peserta demo hanya dianggarkan 500 orang,malah pihak SB polis juga bersetuju dengan jumlah itu.

Apabila berita sampai ke meja bos,bos arahkan penulis dan rakan-rakan  jadikan jumlah kehadiran 500 kepada 1,500 orang dalam artikel yang hendak disiarkan.

Pengalaman yang dieritakan oleh penulis adalah benar-benar berlaku,tidak tahan dengan perangai pembohong bos penulis ambil keputusan berhenti dan tempat penulis digantikan dengan orang lain yang juga kawan kepada penulis.

Orang yang ganti tempat penulis juga menceritakan pekara yang sama juga berlaku padanya.

Jadi mengenai kehadiran 80 ribu di majlis rumah terbuka Perdana Menteri hari pertama Aidilfitri tahun ini yang diadakan di Kompleks Seri Perdana adalah satu pembohongan untuk menambah nafas Datuk Seri Najib,sekali gus Umno itu sendiri.

Mengikut laporan awal yang di viralkan,bahawa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Kompleks Seri Perdana di jangka di hadiri oleh 80 ribu orang.

Tukang ketuk keyboard Umno pun turut melaporkan jumlah yang dijangkakan,padahal tidak ada seorang pakar ilmu hisab menyatakan sebarang jangkaan adalah tepat jumlahnya.

Pengalaman penulis,jika jumlah kehadiran dimana-mana program anjuran orang-orang politik hanya boleh dipercayai 30 hingga 40 peratus sahaja.

Jika berdasarkan pengalaman penulis,jumlah sebenar yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana hanyalah 40 peratus dari jumlah 80 ribu  yang dilaporkan oleh tukang viral Umno.

Manakala itu,Utusan Online pula melaporkan,'Beribu-ribu orang daripada pelbagai lapisan kehidupan hari ini menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinet di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri 

Nampaknya Utusan sendiri tidak berani menyatakan jumlah kehadiran walaupun dalam jumlah anggaran,namun tukang viral Umno begitu teruja menipu jumlah kehadiran kepada umum.

Sinar Harian pula telah melaporkan,'Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinetnya meraikan kira-kira 80,000 rakyat tempatan dan asing pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, di sini hari ini

Jadi dah dapat lebih ke sinar?

Standard orang-orang Umno adalah penipu


About PAKATAN NEGARA

Blog ini tidak sokong Najib,Khairy Jamaluddin,Ahmad Maslan,Hasan Malik(Zahid Hamidi dan Hishamuddin Tun Hussein jaga2 anda diperhatikan)kami bersedia berperang dengan blogger berbayar dari PMO.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment