Kakak Suruh Adik Buang Bayi Hubungan Haram | Guruh Petir
L

Kakak Suruh Adik Buang Bayi Hubungan Haram

JEMPOL - Dua beradik dita- han bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang bayi perempuan di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Palong 2 di sini pada Khamis lalu.
Kedua-duanya ditahan pada pukul 5 petang kelma- rin di rumah keluarga mere ka di Felda Palong 2.
Ketua Polis Daerah Jempol, Suerintendan Hamzah Alias berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek wanita berusia 28 tahun melahirkan bayi itu sebelum mengarahkan adik lelakinya berusia 23 tahun membuang bayinya
.
"Selepas disoal siasat, wanita terbabit mengaku melahirkan bayi itu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Hamzah memberitahu, wanita terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan dan ketika ini, dia menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Katanya, adik wanita terbabit bagaimanapun ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana me- nyembunyikan kelahiran.
Kosmo! semalam melaporkan mayat bayi perempuan itu ditemui mati di dalam plastik sampah oleh seorang penternak lembu.

About PAKATAN NEGARA

Blog ini tidak sokong Najib,Khairy Jamaluddin,Ahmad Maslan,Hasan Malik(Zahid Hamidi dan Hishamuddin Tun Hussein jaga2 anda diperhatikan)kami bersedia berperang dengan blogger berbayar dari PMO.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment