Pergeseran Mahathir dan Najib Rakyat Takut Parti Disabotaj | Guruh Petir
L

Pergeseran Mahathir dan Najib Rakyat Takut Parti Disabotaj

MELAKA,18 April :Semasa aku singgah makan di sebuah warong di Alor Gajah siang tadi, kesempatan itu diambil untuk borak-borak dengan beberapa orang tempatan yang kebetulan semeja dengan aku.

Mereka tidak puas hati dengan penulis-penulis media sosial yang dianggap tidak berakal,menurut mereka sepatutnya penulis media sosial mengambil kesempatan untuk menasihatkan Mahathir dan Najib bukanya mebesarkan kemarakan api.

Aku angguk kepala sebagai bersetuju,sambil itu aku juga bertanya bolehkah sebelah pihak sahaja menasihati,sedangkan sebelah pihak lagi mengambil jalan menambah persapsi.

Mereka memberi jawapan mudah dengan kata-kata bidalan yang entah dari mana datanganya.mereka kata,kalau api sedang membakar orang yang melihat pula tambah minyak sudah pasti api itu lagi besar maraknya.

Aku jawap ya!!! kalau apa yang berlaku itu seperti api,tapi yang berlaku hari ini seperti letupan bom yang meranapkan segala apa yang ada dikawasan itu,kan sukar untuk dipulih seperti sedia kala.

Kita boleh lihat setiap pergolakan yang berlaku dalam politik amat sukar untuk diperbetulkan,pemimpin boleh buat kata putus,orang yang menerima kata putus tetap tidak berpuas hati,lama kelamaan sabotaj dalaman akan berlaku.

Kata salah seorang daripada mereka,itulah yang saya takut,sabotaj dalaman berkemungkinan besar akan berlaku dan yang paling takut keputusan penggundi yang tidak memilih BN kerana kecewa dengan pertelagahan Najib dengan Mahathir.

Itulah yang sempat dibualkan semasa makan tengah hari di Alor Gajah...

About PAKATAN NEGARA

Blog ini tidak sokong Najib,Khairy Jamaluddin,Ahmad Maslan,Hasan Malik(Zahid Hamidi dan Hishamuddin Tun Hussein jaga2 anda diperhatikan)kami bersedia berperang dengan blogger berbayar dari PMO.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment