Keluarga harap jemaah hilang ditemui selamat | Guruh Petir
L

Keluarga harap jemaah hilang ditemui selamat

PASIR PUTEH - Anggota keluarga Munah Jusoh, 73, yang dilaporkan hilang selepas kejadian kren tumbang di perkarangan Masjidil Haram, Makkah masih menaruh harapan, agar warga emas itu selamat dan ditemui dalam tempoh terdekat.
   
Cucunya, Rosnita Abdul Rashid, 29, berkata beliau mengetahui kejadian yang menimpa neneknya itu selepas dihubungi oleh datuknya, Che Muda Che Tahir, 76,
kira-kira pukul 2 pagi tadi.
   
"Datuk cakap kali terakhir jumpa nenek sebelum nenek ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat Asar bersama tiga lagi rakan perempuannya dengan menaiki teksi kerana hotel terletak kira-kira satu kilometer dari masjid.
   
"Ketika kejadian itu, datuk pula tidak ke masjid dan masih menginap di hotel yang disediakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Bukit Kechik, Cherang Ruku, di sini, hari ini.
   
Munah merupakan antara tiga jemaah haji dari Kelantan yang dilaporkan hilang ketika kejadian kren tumbang di kawasan Masjidil Haram, semalam.‎
   
Dua lagi jemaah yang berasal dari Kelantan adalah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah dan Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai.
   
Rosnita berkata, beliau turut menerima pengesahan berhubung kehilangan neneknya itu daripada petugas Tabung Haji pagi tadi.
   
Beliau berkata, kedua-dua datuk dan neneknya berangkat ke Makkah pada Rabu lepas.
   
"Walaupun nenek telah berumur, namun beliau masih lagi kuat dan tidak mempunyai sakit kronik serta masih mampu menoreh getah untuk menampung perbelanjaan harian," katanya.
  - Bernama

About PAKATAN NEGARA

Blog ini tidak sokong Najib,Khairy Jamaluddin,Ahmad Maslan,Hasan Malik(Zahid Hamidi dan Hishamuddin Tun Hussein jaga2 anda diperhatikan)kami bersedia berperang dengan blogger berbayar dari PMO.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment