Buat Apa Korban Masa Untuk Anwar Yang Sedang Ditunggu Kubur | Guruh Petir
L

Buat Apa Korban Masa Untuk Anwar Yang Sedang Ditunggu Kubur

SHAH ALAM,15 April:Sakit kepala memikirkan tujuan himpunan Kita Lawan pada  1 Mei yang dianjur Pakatan Rakyat .
Aku sendiri dua kali pergi menyertai himpunan yang diadakan setelah Anwar Ibrahim  dihukum penjara selama 5 tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.
Pada kali pertama rasa seronok pasti berlaku mendengar  ucapan-ucapan pemimpin politik Pakatan,kali kedua rasa boring mula menerjah benak,otak pula kembang kecut dengan  soalan-soalan yang aku sendiri suka mencari jawapan.
Bukan apa? kalau asyik cari salah kerajaan Malaysia  dengan menuduh parti Melayu yang disongkong ramai bangsa aku,sudah pastilah banyak persoalan yang perlu aku kupas.
Laungan provokasi yang bertalu-talu menuduh Umno zalim,para hakim dinilai sebagai tidak adil,apakah golongan penentang kerajaan cuba memperlihatkan diri mereka sebagai pemimpin bersih,sedangkan aku tahu elaun para wakil rakyat hanya cukup makan pakai, malah elaun itu juga dikongsi dengan rakyat melalui pertemuan diwarong mahupun melakukan ziarah ketika rakyat uzur.
Aku mula fikir,apakah elaun mereka itu cukup?sedangkan mereka hidup bermewah dan orang-orang seperti aku pula dikerah berdemonstrasi diatas jalan atas nama keadilan.
Apa lagi yang tidak adil?bagi aku ,''apa yang dilakukan hanyalah untuk mempertahankan kuasa demi perut mereka,erti kata lain rakyat dipergunakan  untuk menjarah kebendaan dengan menggunakan kedudukan yang ada .
Senanglah kalau begitu,apa tidak senangnya,ketika Pakatan mendapat sedikit kuasa negara ini sudahpun maju dibina oleh pemimpin dari parti yang dituduh zalim.
Aku bukan nak berpolitik,lagipun aku bukanya reti hal-hal politik,namun sebagai manusia yang ada sedikit ilmu kurnia Ilahi  serta bimbingan  akal waras,sudah pastilah aku berfikir dan menilai segala tindak tanduk  yang dilakukan oleh Pakatan yang terpesong jauh daripada apa yang difikirkan sebelum ini.
Apa tidaknya,demi Anwar yang dipenjara  yang kononya menjadi tahanan politik walaupun ramai tahu beliau memang kaki liwat,para pentaksub sanggup berpanas berpeluh malah berhujan kononya menuntut keadilan dan kebebasan kepada insan  yang  di war-war sebagai dizalami oleh Umno-BN.
Aku tidak kata Umno-BN terbaik buat rakyat Malaysia,aku sendiri juga tidak kata kedua orang tuaku adalah insan terbaik dikalangan orag lain,tapi kedua orang tuaku menegah melakukan sebarang usaha sia-sia.
Mujur kali ini,pada 1 Mei nanti aku tidak ikut terpengaruh kawan-kawan,cukuplah dua kali sebelum ini,kerana,''pada pandangan aku,jika tatap wajah kedua orang tua ku adalah lebih mulia daripada ditipu oleh perjuangan yang tidak ada hala tuju melainkan untuk kepuasan keluarga Anwar Ibrahim yang sedang ditunggu kubur.
Inilah artikel pertama aku....

About PAKATAN NEGARA

Blog ini tidak sokong Najib,Khairy Jamaluddin,Ahmad Maslan,Hasan Malik(Zahid Hamidi dan Hishamuddin Tun Hussein jaga2 anda diperhatikan)kami bersedia berperang dengan blogger berbayar dari PMO.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment