Penjenayah Insaf Setelah Menerima Hukuman | Guruh Petir
L

Penjenayah Insaf Setelah Menerima Hukuman

IPOH,15 April:Kadir bukan nama sebenar tidak pernah melupakan sejarah belua bergelumang dengan jenayah.

Siapa tidak kenal saya di bandar Ipoh malah sebahagian besar negeri Tahu nama saya apa lagi rakan-rakan seangkatan yang sama-sama melakukan kerja kotor lagi menjijikan.

Sekitar 80-an saya lah heronya,bukan hero baik tapi hero tidak baik merompak,menyamun,merogol,minum arak malah dalam keterpaksaan terpaksa membunuh.

Pada satu masa,saya dan rakan-rakan kehabisan wang,kami meracang untuk merompak sebuah rumah orang berada di kawasan Teluk Intan.

Kira-kira pukul 2 pagi kami berempat sampai kesasaran dan tidak ambil masa lama operasi rompakan dijalankan dengan memanjat pagar rumah,setelah itu kami mencumgkil pintu utama kedalam rumah tapi tidak berjaya disebabkan kekukuhannya.

Kami cuba pula tingkap disebelah belakang iaitu dibahagian dapur,tidak lama kami umpil tingkap terbuka.

Seorang dari kami memanjat masuk kedalam rumah dan membuka pintu belakang supaya senang untuk yang lain masuk.

Dua rakan kami telah meluru ke bilik tidur utama ,saya dan seorang lagi rakan pula meluru kearah satu bilik lagi yang berada bersebelah dengan bilik tidur utama rumah itu.

Kami dapati dikedua-dua bilik itu ada orang sedang tidur,rakan saya menutup mulut dan ikat tangan,mala saya dan rakan yang seorang lagi pula melakukan ha yang serupa.

Keempat-empat orang dalam rumah itu cuba memekik,tapi kami hunus parang tajam,mereka diam.

Lebih kurang 10 minit kami selongkar ,kami menjumpai banyak barang kemas,wang dan jam berharga,setelah selesai kami berempat meninggalkan rumah itu bersama barang-narang rompakan.

Tapi kami tidak bernasib baik,semasa kami meuju ke kenderaan kami ditembak,dalam keadaan kelam kabut,saya tidak sedar seorang rakan terkena tembakan yang dilepaskan oleh yang dipercayai anggota RELA.

Kami bertiga pula berpecah ke lain arah dan bertemu disatu tempat di tepi hutan,ke esokannya kami mendapat berita rakan yang terkena tembakan itu meninggal dunia.

Seminggu juga kami bertiga mejadi buruan polis,masa itu jugalah kami kehabisan wang,,mahu atau tidak kami terpaksa keluar dari tempat persembunyian untuk menjual barang yang dicuri.

Dengan menaiki teksi menuju Bidor dengan tujuan menjual barangan rompakan kepada sesorang,tapi kami tidak bernasib baik,kerana teksi kami naiki telah dihalang oleh beberapa kenderaan yang pada mulanya di sangka perompak.

Rupanya sangkaan itu meleset,kerana yang menghalang itu adalah anggota polis siap bersenjata api,kami bertiga di tangkap.

Setelah dibicara di mahkamah saya di hukum penjara 15 tahun,seorang dari rakan kami pula dijatuhi hukuman mati dan seorang lagi di penjara dengan tempoh sama.

Saya bernasib baik kerana dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik semasa tempoh dipenjarakan.

Semasa dipenjara,memang selalu menangis ingat keluarga dan menyesal dengan apa yang telah dilalui dan dilakukan dan hukuman yang telah dikenakan terhadap diri saya telah membuahkan satu keinsafan yang tidak dapat dibayang.

Seteleh menerima berita saya akan dibebaskan lebih awal dari tempoh sebenar,seoalah-olah Allah telah kurniakan syurga.

Enam bulan selepas berita diterima,saya dibebaskan,kegembiraan yang dirasai tidak dapat dgambarkan

Kini saya hidup bahagia dengan dua anak ,satu perempuan dan satu lagi laki-laki.sebagai pengajaran ,saya mendidik anak-anak agar tidak melakukan keburukan dengan menceritakan pengalaman lalu kepada mereka,nampaknya anak-anak saya dilihat lebih baik kelakuanya jika dibandingkan dengan saya pada waktu muda.

About PAKATAN NEGARA

Blog ini tidak sokong Najib,Khairy Jamaluddin,Ahmad Maslan,Hasan Malik(Zahid Hamidi dan Hishamuddin Tun Hussein jaga2 anda diperhatikan)kami bersedia berperang dengan blogger berbayar dari PMO.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment